Wednesday 11 March 2015

Rumah perlindungan wanita

Rumah perlindungan wanita

Sejarah hitamku...

Dalam kepekatan malam ini,terkenang peristiwa hitamku masa lalu.ianya berpunca dari sifat kelekaan serta keasyikkan yang teramat sangat...sehinggakan..Aku lupa di mana halal dan haramnya dalam islam..Walhal di bibirku bangga mengaku yang aku orang islam..

Malang sungguh hidupku,Islam itu hanya pada identiti diri tapi bukan pd diti dan hati..hanya dengan pujuk rayu mu....aku sudah pun lemah.

Subhanallah...kenapa terlalu jahil aku pada masa itu.tidak terlintas di pemikiranku bagaimana perasaan malu nya ibu dan ayahku kerana memiliki anak yang sebegini rupa.ku lupa akan jasa mereka selama ini..selama membesar kan aku..langsung tidak pernah merungut,apatah lagi nak mengungkit..

Bagi mereka,ini hanyalah dugaan...mulia nya hati mu wahai ibu dan ayah..sehinggakan aku tak mampu untuk membalasnya.

Kini baru ku sedar,betapa hebatnya kuasa nafsu  sehinggakan sanggup membelakangkan ibu dan ayah.walhal,mereka lah satu2 nya kunci yang paling terbaik untuk kita menuju ke syurga.

Pada teman2 yang ku sayangi...xperlu ku huraikan apa yang terjadi tapi cukup sekadar agar ia menjadi suatu pengajaran buat diri kita sendiri...insaflah dan kembali lah ke pangkal jalan.

Atur langkah yang terbaik agar ia mampu menjadi benteng  yang kukuh dengan iman dan taqwa...

Akhirul kalam......wassalm

Tuesday 10 March 2015

Pusat perlindungan wanita

Kenapa valentine day DiHARAMkan???

1) Mengenang dan mengagungkan tokoh Barat yang bernama Saint. Valentino, dia dibunuh pada 14 Februari 270 M.

2) Ianya disambut untuk memperingati hari kejatuhan kerajaan Islam Cordova pada 14 Februari 270M.

3) Mendekati ke arah penZINAan.

Firman Allah s.w.t :“Dan janganlah kamu dekati ZINA, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji dan suatu  jalan yang buruk”{Surah Al-Isra’ 17:32}.

 4) Ianya adalah bukan daripada Budaya Hidup Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w :“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak”[Riwayat Bukhari dan Muslim]

 5) Islam menegah umatnya meniru atau mengikut budaya Barat.

Sabda Rasulullah s.a.w :“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka”[Hadis Riwayat Abu Daud]

 6) Kasih sayang dan keCINTAan yang UTAMA adalah untuk Allah s.w.t  dan RasulNYA.

Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa berkasih sayang sesama Islam tetapi hendaklah mengikut batas syariat yang telah ditetapkan dan berkasih sayang dengan yang halal bagi kita, cthnya : Keluarga, Suami Isteri, Anak-anak dll., bukan untuk yang tiada pertalian halal (lelaki/perempuan) bagi kita.Tambahan, penulis juga ingin berkongsi artikel soal jawab yang dibaca dari penulisan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk “Hukum Rai Valentine & Jual Bunga”. Antara petikan penulisan beliau ialah, hari tersebut menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara’ kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan’ dan dengan perlakuan seks bebas yang kononnya bagi membuktikan ‘ketulenan’ cinta seseorang kepada kekasihnya.Semoga sedikit sebanyak huraian dan penjelasan mengenai sambutan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Muslim kita agar kita lebih berhati-hati dan menyelidik sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tidak terikut-ikut dengan budaya dan ajaran dari agama selain daripada Islam, InsyaAllah.

Monday 9 March 2015

Mencari Sinar Harapan

Assalamualaikum.....

Di sini saya ingin membantu wanita yang hamil tanpa nikah mendapatkan tempat perlindungan..untuk mendapat lebih keterangan lanjut boleh hubungi saya di 0174537801.

Kepada kawan2 yang mempunyai permasalahan sebegini boleh terus hubungi saya...Bersama2 kita mencari jalan penyelesaian yang baik..

Beringatlah pada semua teman2 bahawa sesungguhnya betapa besarnya dosa berzina dan seandainya kita membuang bayi tersebut,maka besar lagi dosa yang harus kita tanggung..cukup kali ini kesilapan yang kita lakukan dan marilah bersama2 kita bertaubat dan memohon keampunan pada Tuhan yang Maha Esa..

Insyaallah...segala butir peribadi biomom or family angkt akn dirahsiakan demi menjaga aib anda..kepada biomom yang ingin mencari keluarga angkat boleh hubungi saya atau emel kepada saya di ifazikin@gmail.com

Akhirul kalam...apa yang baik datangnya dari ALLAH dan apa yang kurang dari kelemahan saya sendiri..

Sekian wassalam...